SALAH
FAHAM TERHADAP ISLAM
Assalamualaikum - kami
dari DPM2A
Disediakan oleh:-
-NURUL NABILA 19DPM19F1044
-NURUL SHAFIQA HAMIZAH 19DPM19F1038
-SITI NUR NAZIRA SHAFIQA 19DPM19F1020
-FATIN NAJWA 19DPM19F1035
Pengenalan
islam adalah agama dakwah iaitu agama yang lahir
dan tersebar dengan aktiviti dakwah islamiah. Sebuah aktiviti yang dilaksanakan
oleh Rasullulah S.A.W dan diteruskan oleh pengikutnya sampai sekarang hingga
kiamat kelak. Kini terdapat banyak salah paham terhadap islam yang berlaku
dalam kalangan masyarakat islam kini .Pelbagai tuduhan telah dilemparkan
terhadap agama islam yang menyebabkan timbulnya kekeliruan dan kesalahfahaman
masyarakat terhadap islam.Berlakunya salah faham ini disebabkan oleh kejahilan
agama,tidak memahami islam secara keseluruhan dan kurang pengetahuan terhadap
islam. Dalam tajuk pembincangan ini akan menerangkan tentang contoh-contoh
salah faham terhadap islam yang berlaku pada masa kini .
1. ISLAM AGAMA YANG MENGANJURKAN KEGANASAN
Ramai orang bukan beragama Islam beranggapan
yang Islam adalah agama pengganas. Hal ini juga disebabkan beberapa
peristiwa-peristiwa yang menambahkan kesalahfahaman diantara orang bukan Islam.
Antara salah satu peristiwa yang membuatkan salah faham itu terjadi adalah
perang saudara Syria.
Apa saya dapat ulaskan mengenai perang saudara
Syria adalah berpunca konflik dalaman yang masih berterusan dari 15 March 2011
hingga kini. Kebangkitan ini dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau timur
tengah kerana para pembantah mendesak Presiden Bashar al-Assad berundur dan
parti memerintah Parti Ba'ath membenarkan parti lain dan inginkan hak
sama rata untuk orang Kurdi dan kebebasan akhbar untuk bersuara dan berhimpun.
Matlamat mereka adalah untuk memerintah negara , pembahruan demokrasi,
pengiktirafan hak Kurdi dan lain-lain.
Mereka ini menggunakan kaedah pembunuhan,
pemberontakan, tunjuk perasaan dan lain-lain.Hal ini mengakibatkan penduduk
terseksa dan banyak dikalangan mereka terkorban. Ramai penduduk menjadi pelarian
kerana rumah mereka kebanyakannya telah dibom.
contoh pengeboman di
syria
Selain itu terdapat
tuduhan yang mula popular dan semakin mendapat tempat selepas berlakunya
peristiwa hitam 11 September 2001 apabila sekumpulan pemuda disyaki beragama
Islam merampas kapal terbang penumpang di Amerika Syarikat dan merempuh
bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York yang menyebabkan lebih 6,000 orang
mati. Selepas peristiwa tersebut, berlaku pula beberapa siri letupan bom di
seluruh dunia terhadap kepentingan Amerika yang juga disyaki dilakukan oleh
beberapa kumpulan pemuda Islam. Bermula daripada peristiwa-peristiwa tersebut,
anggapan bahawa Islam merupakan agama yang mengajar keganasan mula mendapat
tempat dalam kalangan masyarakat bukan Islam seluruh dunia.
Tohmahan ini adalah
salah sama sekali.Tentulah tidak tepat untuk menghukum agama yang telah pun
wujud semenjak hampir 1,500 tahun dahulu dan telah memberikan sumbangan yang
besar terhadap keamanan dan kemajuan tamadun dunia dengan hanya berdasarkan
kepada satu atau beberapa peristiwa yang hanya disyaki dilakukan oleh
segolongan kecil penganutnya pada zaman mutakhir ini. Islam telah pun wujud
hampir 1,500 tahun dahulu. Dalam tempoh tersebut, Islam telah membuktikan
bahawa ia adalah agama yang sangat mementingkan keamanan dan keselamatan
manusia seluruhnya. Pada zaman keagungan Islam, masyarakat manusia pelbagai
agama telah hidup dengan aman dan makmur di bawah pemerintahan Islam. Mereka
bukan sahaja menikmati kehidupan yang bahagia sebagai rakyat biasa, malah ada
antara mereka yang dilantik sebagai pembesar atau menteri yang diberikan
kuasa-kuasa tertentu dalam pemerintahan negara Islam.
Bukti keadilan Islam
juga dapat dilihat dalam banyak peristiwa semasa Peperangan Salib antara
tentera Islam dengan tentera Kristian. Para sejarawan termasuk dari Barat
mencatatkan bahawa semasa pakatan tentera Kristian dari seluruh Eropah menawan
Constantinople yang ditadbir oleh pemerintah Islam, mereka membunuh hampir 80,000
penduduk Constantinople dan semua masjid diruntuhkan. Menurut catatan sejarah,
jalan raya Constantinople seolah-olah menjadi sungai darah dengan
bahagian-bahagian tubuh badan manusia yang telah dipotong-potong dapat dilihat
di merata tempat. Bagaimanapun apabila tentera Islam berjaya menawan kembali
Constantinople dari tentera Kristian lebih 70 tahun selepas itu, dilaporkan
bahawa tidak ada darah orang awam baik yang beragama Islam mahupun yang
beragama Yahudi atau Kristian yang gugur dan tiada satu pun gereja yang
diruntuhkan. Begitu juga apabila tentera Islam terpaksa berundur dari Sepanyol
selepas mentadbir negara itu untuk sekian lama, orang Yahudi juga turut
mengikut tentera Islam untuk berundur dan kembali ke Timur Tengah. Mereka lebih
selesa dan merasa lebih selamat untuk tinggal di bawah pemerintahan Islam
daripada berada di bawah pemerintahan tentera Kristian.
Malah, banyak ayat
al-Qur’an yang melarang umat Islam daripada bermusuhan dengan orang bukan Islam
kecuali jika mereka dahulu yang memulakan permusuhan. Selain itu, Rasulullah
s.a.w. telah menunjukkan contoh yang sangat baik dalam hal ini. Semasa Baginda
memerintah negara Islam Madinah, kota Madinah turut didiami oleh orang bukan
Islam. Namun, Baginda telah mewujudkan satu kontrak sosial yang dikenali
sebagai Piagam Madinah yang menjamin hak-hak orang bukan Islam dalam negara
Islam Madinah untuk hidup dengan aman damai dan menjalani ajaran agama mereka
tanpa gangguan.
Ajaran al-Qur’an dan
petunjuk al-Sunah inilah yang memandu masyarakat Islam dalam membentuk sikap
dan hubungan yang baik serta adil dengan masyarakat bukan Islam pada sepanjang
sejarah. Dengan itu, beberapa peristiwa yang berlaku mutakhir ini tidak wajar
dijadikan asas untuk mendakwa Islam sebagai agama keganasan yang tidak toleran.
2.ISLAM AGAMA YANG KOLOT DAN KETINGGALAN

Pada masa kini, agama islam sering dikaitkn dengan agama yang kolot , mundur serta tidak layak diamalkan dan menganggap agama islam adalah sebuah agama yang ketinggalan.Tuduhan ini dilontarkan sebahagian besarnya berpunca daripada hakikat kedudukan umat dan masyarakat Islam seluruh dunia hari ini yang secara umumnya sangat mundur, tidak berilmu dan berpecah belah.Secara keseluruhanya agama islam adalah agama yang dinamik, progresif dan sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Pandangan mengenai kemunduran agama islam tidak boleh dijadikan perkara utama bagi membuktikan bahawa agama Islam merupakan agama yang mundur dan membelakangkan ilmu pengetahuan. Akibat berlakunya kemunduran terhadap agama islam masa kini adalah kerana mereka telah membelakangkan agama Islam dan tidak menitikberatkan tentang pengetahuan menyeluruh terhadap islam. Di samping itu, cara permikiran , kehidupan dan penghayatan mereka tidak lagi mengikut agama islam. Oleh itu, agama islam dianggap mundur dan lemah seperti yang berlaku pada masa kini ia berlaku disebabkan diri sendiri yang leka dengan dunia kini.

Pada masa kini, agama islam sering dikaitkn dengan agama yang kolot , mundur serta tidak layak diamalkan dan menganggap agama islam adalah sebuah agama yang ketinggalan.Tuduhan ini dilontarkan sebahagian besarnya berpunca daripada hakikat kedudukan umat dan masyarakat Islam seluruh dunia hari ini yang secara umumnya sangat mundur, tidak berilmu dan berpecah belah.Secara keseluruhanya agama islam adalah agama yang dinamik, progresif dan sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Pandangan mengenai kemunduran agama islam tidak boleh dijadikan perkara utama bagi membuktikan bahawa agama Islam merupakan agama yang mundur dan membelakangkan ilmu pengetahuan. Akibat berlakunya kemunduran terhadap agama islam masa kini adalah kerana mereka telah membelakangkan agama Islam dan tidak menitikberatkan tentang pengetahuan menyeluruh terhadap islam. Di samping itu, cara permikiran , kehidupan dan penghayatan mereka tidak lagi mengikut agama islam. Oleh itu, agama islam dianggap mundur dan lemah seperti yang berlaku pada masa kini ia berlaku disebabkan diri sendiri yang leka dengan dunia kini.
Pada pandangan asalnya, agama islam sebuah agama
yang suci dan amat mementingkan ilmu pengertahuan yang tinggi pada umatnya.
Oleh itu, agama islam menitikberatkan mengetahui membaca supaya umatnya dapat
meluaskan pandangan. Ini membuktikan bahawa kepentingan ilmu amat penting dalam
islam.Terdapat contoh yang kita dapat pelajari ialah agama Islam telah membawa
masyarakat Arab yang asalnya hidup secara primitif dan mundur, berubah menjadi
satu masyarakat yang maju dan gagah. Selain itu ,dengan pengetahuan masyarakat
islam dalam bidang sains dan falsafah inilah yang akhirnya mempengaruhi
kebangkitan Eropah dari era kegelapan
(dark ages) kepada era kebangkitan
(enlightenment) yang membuka jalan kepada kegemilangan sains dan teknologi
seperti yang kita saksikan hari ini.
Akhirnya yang dapat kita pelajari ialah Islam
bukanlah agama yang tahyul, khurafat dan mitos. Ia merupakan agama yang
merupakan agama yang berdasarkan kepada wahyu, akal, kebijaksanaan dan
pembuktian. Oleh sebab itu, agama Islam dapat terus bertahan malah semakin
berkembang dengan majunya ilmu pengetahuan dan taraf pemikiran manusia. Tiada
ajaran Islam yang bercanggah dengan fakta dan kebenaran yang mutlak. Anda
dapati ramai para saintis yang unggul pada masa kini sangat mengagumi ajaran
Islam. Semua fakta ini membuktikan kedudukan agama Islam yang sebenarnya dari
segi kebenaran dan keunggulannya.Islam adalah sebuah agama yang suci dan indah
yang patut dicontohi dahulu dan kini.
3. ISLAM DISEBARKAN MELALUI MATA PEDANG
Islam juga sering digambarkan sebagai agama yang disebarkan
melalui mata pedang iaitu melalui kekerasan dan peperangan. Tuduhan ini juga
tidak berasas sama sekali. Al-Qur’an melarang umat Islam melakukan kekerasan
dan peperangan terhadap orang bukan Islam untuk memaksa mereka menerima Islam.
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
(al-Baqarah: 256)
Peperangan terhadap orang bukan Islam hanya dibenarkan jika orang
bukan Islam yang memulakan peperangan atau melakukan persiapan untuk berperang
atau melakukan kezaliman terhadap orang Islam atau menyekat usaha menyebarkan
dakwah Islamiyyah secara aman. Dalam keadaan ini sahaja umat Islam dibenarkan
untuk melancarkan peperangan terhadap orang bukan Islam. Malah, peperangan ini
mestilah dilakukan dalam batasan yang tertentu untuk mengurangkan jumlah
kemusnahan harta benda dan kematian. Dasar Islam dalam peperangan telah
ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sepanjang pemerintahannya.
Satu catatan sejarah yang paling menarik tentang hakikat
penyebaran ajaran Islam dapat dilihat dalam peristiwa penaklukan kota Baghdad
oleh orang Mongolia semasa pemerintahan Bani Abbasiyyah. Selepas berjaya
menawan kota Baghdad dan memerintah kota tersebut untuk beberapa tahun,
akhirnya tentera dan pembesar Mongolia secara sukarela memeluk agama Islam.
Mereka tidak dipaksa untuk memeluk Islam kerana mereka sangat kuat dan
berkuasa. Namun begitu, mereka memeluk Islam setelah mengkaji dan memahami kebenaran
dan kesucian Islam. Hal ini merupakan satu-satunya peristiwa mengagumkan dalam
sejarah manusia apabila pihak yang berjaya menawan sesuatu bangsa lain akhirnya
menerima dan memeluk agama bangsa yang ditawannya.
Hakikatnya, penyebaran Islam juga dapat dilihat dengan penerimaan
Islam di tanah besar China dan Tanah Melayu. Islam disebarkan di China dan
Nusantara oleh para pendakwah yang juga merupakan para pedagang. Para pedagang
ini tidak mungkin memaksa masyarakat di negara China yang sangat kuat pada ketika
itu untuk memeluk Islam. Hal ini bermakna Islam disebarkan melalui contoh
teladan yang baik dan kebijaksanaan yang tinggi di negara China. Masyarakat
Islam di negara China pada masa kini berjumlah lebih 60 juta orang iaitu jumlah
masyarakat Islam yang terbesar di negara bukan Islam. Sejarah turut mencatatkan
bahawa agama Islam disebarkan di Nusantara termasuk di Tanah Melayu semasa
zaman Parameswara memerintah Melaka bukanlah melalui peperangan dan kekerasan.
Semua peristiwa ini menggambarkan bahawa dakwaan Islam disebarkan melalui mata
pedang adalah salah sama sekali.
4.ISLAM TIDAK MEMENTINGKN KEHIDUPAN DUNIA
Terdapat segilintir umat islam yang bersangka
bahawa islam tidak mementingkan kehidupan di dunia.Hal ini kerana kehidupan di
dunia adalah sementara dan sesungguhnya akhirat adalah tempat yang kekal abadi.
sesungguhnya setiap apa yang
Allah perintahkan itu adalah baik buat kita umat islam dan ingatlah bahawa
islam itu indah. Dunia yang sementara ini tidak boleh diagungkan sehingga
melupai negeri akhirat. Mengutamakan dunia semata-mata, seolah kita memberi
ruang kepada banyak penyakit berbahaya yang akan memudaratkan kita di akhirat.
Sifat kasih serta cinta
kepada dunia boleh melemahkan jiwa dan fizikal serta mempunyai kesan mendalam
kepada kehidupan. Mereka juga terancam di akhirat seperti firman Allah SWT yang
bermaksud:
"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan. Itulah orang yang tidak akan memperoleh apa-apa di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah yang telah mereka kerjakan."(Surah Hud, ayat 15-16)
"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan. Itulah orang yang tidak akan memperoleh apa-apa di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah yang telah mereka kerjakan."(Surah Hud, ayat 15-16)
punca punca timbul salah
faham terhadap islam adalah kerana manusia terlalu mengejar harta dan
kebahagian di dunia sehingga melupakan hari akhirat kelak.
Kesannya adalah
penyimpangan terhadap segala hukum agama di mana halal dan haram tidak
dipersoalkan lagi sehinggalah perkara dilarang menjadi kebiasaan dalam
kehidupan. Ia juga seolah-olah menanam bibit permusuhan sesama insan akibat
penipuan, penindasan dan penganiayaan terhadap insan lain.
Ini amat dilarang
agama dan Baginda SAW mengingatkan kita melalui sabdanya: 'Wahai manusia,
bertakwalah kepada Allah SWT. Janganlah kamu menganiaya sesama kamu. Setiap
penganiayaan antara kamu akan diadili pada Hari Kiamat.' (Petikan Kitab Hayatul
Qulub)
Menunjukkan sikap demikian akan menghalang
manusia daripada rahmat Allah SWT pada Hari Kiamat. Ia juga boleh merenggangkan
hubungan kekeluargaan akibat tiada kesefahaman dan keikhlasan, tiada tolak
ansur dalam sesuatu keputusan.sesungguhnya bekalan di dunia tidak dapat
dibawa ke hari akhirat malah amalan dan ibadat yang dilakukan di dunia sahaja
yang dapat menemani kita di alam barzakh wallahualam.
5. ISLAM MENYEKAT KEBEBASAN
bercinta selepas nikah bercinta sebelum nikah. (gambar di atas hanya lah contoh)
Menurut pandangan Timbalan Mufti Perak
Menurut pandangan Timbalan Mufti Perak
PERNYATAAN bahawa berpegang teguh kepada ajaran Islam telah
menyekat kebebasan adalah penyataan salah yang lahir kerana ketidakfahaman
terhadap tabiat ajaran Islam yang telah membebaskan manusia daripada perhambaan
sesama makhluk kepada hanya menyembah Allah SWT.
Islam telah membebaskan manusia daripada memperhambakan diri terhadap runtunan hawa nafsu kepada mengatur hawa nafsu sesuai dengan peranan sebenarnya. Islam membebaskan manusia daripada persepsi kehidupan hanya terhad kepada dunia kepada meyakini kehidupan manusia juga melangkau hari akhirat.
Mengajak dan membebaskan manusia bertuhankan selain Allah SWT dengan fahaman tiada satu pun agama yang benar-benar betul serta menafsirkan Islam sebagai secara literal sebenarnya telah mengajak mereka kembali kepada perhambaan.
Mempromosi kebebasan untuk murtad daripada agama Islam bukanlah
seruan kepada pembebasan, bahkan menyalahi konsep kebebasan dalam Islam.
Mempromosi seks bebas, mewajarkan maksiat dan kemungkaran, membebaskan manusia
daripada ikatan agama adalah perbuatan merelakan diri dibelenggu hawa nafsu.
Sedangkan manusia diberi kehormatan untuk mengendalikan hawa nafsu, bukannya nafsu bertindak sebagai tuan kepadanya. Maka, apa juga cara termasuk ucapan mahupun tulisan mengajak orang Islam di negara ini murtad atau melakukan maksiat secara terang-terangan hendaklah disekat.
Tutup pintu kerosakan
Islam tidak menentang kebebasan bersuara atau meluahkan
perasaan. Islam mendukung konsep kebebasan sebagai hak dan prinsip politik yang
mesti dihormati, namun kebebasan tidak boleh disalahgunakan sehingga
mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
Kita hanya boleh menerima prinsip kebebasan tidak melampaui
batas dan tidak boleh sesekali meraikan kebebasan yang melampaui batas kerana
kebebasan seperti itu akan menimbulkan masalah besar kepada masyarakat.
Sebarang gesaan supaya umat Islam diberi kebebasan untuk murtad, mengamalkan perkahwinan beza agama, penyuburan ideologi liberalisme mesti dikawal dan diambil tindakan tegas supaya tindakan yang melampau itu terkawal serta tidak merosakkan lebih ramai orang.
Hal ini bertepatan prinsip sadd al-zara'i' dalam hukum Islam bertujuan menutup pintu-pintu yang boleh membawa kerosakan besar kepada masyarakat. Menjadi tanggungjawab pemerintah menjaga agama rakyatnya daripada dirosakkan dengan alasan kebebasan yang palsu.
Al-Juwaini apabila berbicara soal pemerintahan Islam menggambarkan tanggungjawabnya adalah lebih luas daripada sekadar menjaga perut dan kehendak rakyat. Beliau menggambarkan pemerintah bertanggungjawab memelihara agama rakyat iaitu syariat Islam.
Oleh itu, boleh kita katakan tindakan kerajaan mengharamkan buku Breaking the Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy dihasilkan oleh kelompok liberal G25 adalah menepati semangat menjaga agama rakyat.
Pandangan bertentangan Islam
Buku itu secara jelas bertentangan dengan perkara yang
disepakati dalam syarak seperti soal khalwat, kahwin campur agama, kebebasan
untuk murtad dan pelbagai perkara lagi. Menjemput pemikir aliran liberal perlu
dipandang serius oleh kerajaan kerana ia boleh menjadikan pemikiran umat Islam
bercelaru.
Tokoh seperti Mustafa Akyol melalui bukunya 'Islam without Extremes: A Muslim Case for Liberty', banyak mengemukakan idea bermain dengan terma. Katanya, negara sekular berbeza dengan negara sekularis sedangkan dalam kedua-dua definisi, ia tetap menidakkan Islam dalam pentadbiran negara.
Begitu juga, kita dimomokkan dengan kononnya dosa berbeza daripada jenayah sedangkan dalam Islam, ada perkara dianggap dosa peribadi seperti zina, minum arak yang mempunyai hujah atau dalil pengharaman serta hukumannya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya merujuk
isi di atas Islam adalah agama yang indah tetapi telah disalah erti oleh
sesebuah kelompok yang ingin memporak perandakan umat Islam. Jadi sebagai umat
Islam perlu kuatkan iman untuk menghadapi dugaan dan cabaran ketika menghadapi
pembenci Islam di dalam atau luar negara. Disebabkan setitik nila rosak susu
sebelanga.





Ulasan
Catat Ulasan